Terpaksa keluarkan biawak sebelum selamatkan lembu

Anggota APM bantu menyelamatkan anak lembu yang terjatuh selepas memijak zink reput.
Anggota APM bantu menyelamatkan anak lembu yang terjatuh selepas memijak zink reput.
A
A
A

SIK - Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik terpaksa mengeluarkan dua ekor biawak sebelum menyelamatkan seekor anak lembu betina yang terjatuh dalam telaga di Kampung Lahar di sini hari ini.

Difahamkan, biawak itu menghalang kerja untuk menyelamatkan lembu yang terjatuh ketika memijak zink reput yang menutupi lubang telaga berkenaan.

Pegawai APM Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4 petang.

Salah seekor biawak ditangkap sebelum anak lembu yang terperangkap dalam telaga berjaya dibawa keluar.
Salah seekor biawak ditangkap sebelum anak lembu yang terperangkap dalam telaga berjaya dibawa keluar.

"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat dua ekor biawak di dalam telaga yang berkedalaman kira-kira 6 meter. Salah seekor biawak itu agak agresif dan menyukarkan kerja membawa keluar anak lembu.

"Jadi, kita terpaksa menjerut dan mengeluarkan dua ekor biawak sebelum menyelamatkan anak lembu dan ini selesai kira-kira jam 5.30 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: