PRK Rantau: Umno calonkan Mohamad Hasan

Perkongsian Ahmad Zahid di akauan Twiternya
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dicalonkan semula pada PRK Dun Rantau selepas Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan beliau dalam PRU14 batal dan tidak sah.

Pencalonan semula itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui perkongsiannya di akaun Twitter peribadinya hari ini.

Menurutnya, keputusan mahkamah itu sudah dijangka, namun Umno akan mencalonkan semula Mohamad dan jentera Barisan Nasional (BN) bakal digerakkan sepenuhnya.

“Biarpun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.

“Demi maruah dan kesinambungan, mari Umno/BN, perkasa kesatupaduan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan Tok Mat di Dun Rantau tidak sah]

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno lancar jentera PRK Dun Rantau]

Pada 23 Mei, calon PKR Dun Rantau PRU14, Dr S Streram memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengisytiharkan Mohamad sebagai pemenang kerusi Dun berkenaan.

Pada 25 Jun, Mohamad memfailkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Streram bagi kerusi DUN Rantau di Parlimen Rembau.

Mohamad yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan menang tanpa bertanding selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Rantau, Amino Agos Suyub tidak membenarkan Streram masuk ke pusat penamaan calon kerana tiada pas calon SPR.

Pada 6 November lepas, Umno telah melancarkan jentera PRK Dun Rantau sebagai persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan meskipun belum ada keputusan berhubung petisyen PRK di Dun berkenaan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia