Jari budak tersepit di mesin pancing

Jari kanak-kanak yang tersepit di mesin pancing tersebut
A
A

RAUB - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik mencemaskan selepas jarinya tersepit pada sebuah mesin pancing, hari ini.

Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi selepas menerima maklumat dari Unit Kecemasan Hospital Raub kira-kira jam 6.30 petang.

Keadaan mangsa selepas mesin pancing itu berjaya dikeluarkan daripada jari kanak-kanak terbabit.
Keadaan mangsa selepas mesin pancing itu berjaya dikeluarkan daripada jari kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, pasukan EMRS Bomba Raub menggunakan mesin pemotong (ring cutter) dan sepana untuk memotong mesin pancing tersebut.

"Operasi memotong mesin itu berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

"Setelah selesai mengeluarkan jari mangsa, kanak-kanak terbabit diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia