Bekas Ketua Interpol mengaku terima rasuah RM8.7j

Hongwei (tengah) mengaku menerima rasuah.
Hongwei (tengah) mengaku menerima rasuah.
A
A
A

BEIJING - Bekas Ketua Agensi Polis Antarabangsa (Interpol), Meng Hongwei mengaku bersalah kerana menerima rasuah berjumlah AS$2.1 juta (RM8.7 juta) dalam satu perbicaraan hari ini.

Mahkamah Perantaraan Tianjin No 1 di utara China memaklumkan Hongwei menunjukkan rasa kesal atas perbuatannya yang menjadi kemuncak kes itu yang telah menggemparkan agensi polis antarabangsa terbabit.

Keputusan kes tersebut bagaimanapun akan diumumkan pada tarikh atau masa yang ditetapkan.

Menurut mahkamah terbabit, Hongwei telah menggunakan kedudukan dan statusnya antara 2005 dan 2017 termasuk ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Awam dan Ketua Polis Marin untuk menerima wang suapan tersebut.

Hongwei dilaporkan 'hilang' ketika kunjungannya ke China dari Perancis pada September lalu.

Tidak lama selepas kehilangannya, beliau berdepan dakwaan menerima rasuah dan turut disingkirkan daripada Parti Komunis. - AFP

Artikel Berkaitan: