Usul taawun siyasi Pas-UMNO diluluskan

Mohd Asri - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohd Asri - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUANTAN - Dewan Ulamak Pas sebulat suara meluluskan usul berkaitan taawun siyasi (kerjasama politik) dengan UMNO dan parti lain pada Muktamar Tahunan ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini.

Usul itu dibentangkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Mohd Asri Mat Daud dan diterima semua perwakilan sayap Pas berkenaan.

Mohd Asri berkata, terdapat keperluan mendesak untuk melebarkan pendekatan taawun siyasi dalam politik semasa sebagai asas membina penyatuan ummah dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Justeru katanya, satu garis panduan dan pekeliling perlu digariskan bagi membolehkan semua ahli mengikutinya.

“Pas telah bekerjasama dengan banyak parti politik dan yang terbaharu dengan UMNO.. jadi ia perlu dilaksanakan dengan mengikut mekanisme yang digariskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Taawun Pas-UMNO mimpi ngeri PH

“Justeru, saya cadangkan kepada kepimpinan Pas Pusat supaya mengeluarkan garis panduan dan pekeliling agar semua dapat mematuhinya dengan baik,” katanya ketika mencadangkan usul berhubung taawun siyasi yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pas.

Beliau berkata, taawun siyasi perlu menjadi rujukan penting dalam strategi dan pendekatan semasa Pas terutama dalam usaha meluaskan dakwah serta menegakkan tuntutan syariah dalam usaha menyatupadukan ummah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, Pas boleh menerima semua parti sekiranya mereka boleh menerima Islam.

“Kalau mereka boleh menerima Islam, kita mengalu-alukan jalinan kerjasama itu," katanya.