'Kejam, dah langgar terus lari'

Mangsa terjatuh sebaik sahaja dilanggar sebuah kereta.
Mangsa terjatuh sebaik sahaja dilanggar sebuah kereta.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Langgar dan terus lari! Itu tindakan seorang pemandu kereta setelah aksinya melanggar sebuah motosikal di sebuah lebuh raya di sini, dirakam dan tular di laman sosial.

Kejadian itu berjaya dirakam menerusi dashcam seorang pengguna kenderaan yang turut berada di lokasi sewaktu kejadian itu berlaku.

Berdasarkan klip video yang tular itu, kereta tersebut dilihat bergerak ke susur keluar sebelah kiri lebuh raya terbabit dan gagal mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

Bagaimanapun sikap pemandu kereta terbabit yang terus meninggalkan mangsa itu mengundang kemarahan netizen yang menyifatkannya kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kereta yang dipercayai melanggar mangsa.
Kereta yang dipercayai melanggar mangsa.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Ahmad Syahrir pada ruangan komen video yang tular itu berkata pemandu terbabit sepatutnya berada di lorong yang betul jika mahu keluar ke susur keluar lebuh raya tersebut.

Tidak kurang juga yang mendakwa pemandu terbabit bermain telefon bimbit ketika memandu.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian itu belum dapat dipastikan lagi.

Artikel Berkaitan: