Rahsia penceraian: Sam Bunkface mohon maaf

Sam
Sam
A
A
A

VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam, menjelaskan tindakannya merahsiakan penceraian dengan bekas isterinya, Aida Azira Hussin, sejak Januari lalu kerana menjaga privasi dan perasaan kedua-dua buah keluarga.

Menurut Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, keputusan untuk bercerai itu adalah persetujuan bersama.

"Sam ingin mengesahkan bahawa pada Januari lepas Sam dan Aida telah memfailkan penceraian perkahwinan kami di hadapan hakim Mahkamah Syariah.

"Perkahwinan kami yang bertahan selama empat tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing masing.

"Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam dan juga demi menjaga perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida," katanya menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya.

Tambah Sam, 32, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya dengan bekas isteri masih baik dan mereka sering berurusan mengenai urusan anak, Maleeq, dua tahun.

"Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini.

"Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan dibumi Allah ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sam dan Aida sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015.

Sam yang ditemui baru-baru ini hanya memaklumkan dia mempunyai masalah rumah tangga dengan Aida, tetapi masih lagi tinggal sebumbung.

Bagaimanapun Aida mendedahkan mereka telah bercerai sejak penghujung Januari lalu kerana tidak lagi sehaluan dan tiada persefahaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kami cerai ikut persetujuan bersama: isteri Sam Bunkface