Iran tembak jatuh dron pengintip AS

Dron MQ-4C itu ditembak jatuh ketika ia memasuki ruang udara Iran.
Dron MQ-4C itu ditembak jatuh ketika ia memasuki ruang udara Iran.
A
A
A

TEHERAN - Pengawal Revolusi Iran (IRGC) hari ini telah menembak jatuh dron 'pengintip' Amerika Syarikat (AS) di wilayah selatan Hormozgan.

"Ia ditembak jatuh ketika memasuki ruang udara Teheran berhampiran daerah Kouhmobrak," jelas laporan Sepah News memetik kenyataan IRGC di laman web mereka.

Sementara itu, seorang pegawai di Washington mengesahkan dron MQ-4C Triton itu adalah milik Tentera Laut AS walaupun pada awalnya Rumah Putih menafikan laporan tersebut.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Iran selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menuduh Teheran sebagai dalang serangan ke atas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman pada minggu lalu.

Isnin lalu, Jabatan Pertahanan AS mengumumkan ia mengerahkan 1,000 tentera tambahan ke rantau Timur Tengah kononnya sebagai respons terhadap 'tingkah laku permusuhan' Iran. - Agensi

Artikel Berkaitan: