Kelangsungan hidup orang asli perlu dijaga

Gambar kecil, Suhaimee.
Gambar kecil, Suhaimee.
A
A
A

KOTA BHARU – Isu kelangsungan hidup orang asli suku kaum Bateq perlu diberikan perhatian semua pihak bagi memastikan kebajikan kaum ini sentiasa terjaga.

Penganalisis politik, Dr Suhaimee Saahar berkata, isu kebajikan orang asli bukan perkara baru malah sering menjadi perhatian sama ada pihak kerajaan dan juga organisasi yang sentiasa memantau masyarakat ini.

“Apa yang paling kita khuatir adalah survival mereka agar masyarakat ini tidak mengalami kepupusan. Apa yang paling penting adalah meningkatkan tahap kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat ini.

“Kita tidak menafikan kesedaran kepentingan imunisasi merupakan faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku. Peranan semua pihak sama ada kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan dalam meningkatkan efikasi kesihatan kendiri amatlah penting,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, ini kerana beberapa negara maju lain juga menghadapi masalah yang sama, namun sekiranya dilakukan dengan baik, secara tidak langsung akan mengubah cara kehidupan masyarakat ini.

Beliau berkata, apa yang digusarkan adalah nasib anak-anak kecil yang memerlukan imunisasi untuk menjamin ketahanan badan mereka.

“Dalam aspek komunikasi kesihatan, ia perlu dilihat semula sejauh manakah ia diamalkan dan memberikan impak yang besar kepada golongan ini.

“Penolakan atau penerimaan di kalangan golongan ini tidak kita nafikan. Cuma dalam menghadapi alaf yang lebih mencabar, golongan ini bukan sahaja perlu didedahkan dengan peranan dan kepentingan kesihatan untuk survival.

Artikel Berkaitan:

“Mereka memerlukan aspek nilai tambah dengan mewujudkan satu ekosistem baru. Moga ekosistem yang baru ini akan mengubah perkara-perkara penting yang mampu memberikan impak yang besar ke atas survival tersebut,” katanya.