Elak kesilapan tulisan jawi di papan tanda

ulisan jawi yang salah pada papan tanda akan mendorong masyarakat mengulangi kesalahan yang sama.
ulisan jawi yang salah pada papan tanda akan mendorong masyarakat mengulangi kesalahan yang sama.
A
A
A
MACHANG – Penggunaan tulisan jawi yang betul pada papan tanda perlu diberi perhatian.

Penduduk, Abdullah Muhammad, 65 berkata, usaha menggunakan tulisan jawi pada papan tanda kedai dan nama tempat adalah sesuatu yang baik dan harus dipuji bagi mengalakkan orang ramai kembali menggunakannya namun perlu dilakukan dengan betul.

Katanya, generasi sekarang semakin ramai yang buta jawi dan penggunaan yang salah mampu mempengaruhi mereka.

"Saya sangat gembira apabila tulisan jawi mula digunakan secara meluas untuk mengalakkan anak-anak muda kita menggunakan tulisan tersebut atau sekurang-kurangnya boleh membaca jawi namun penggunaan ejaan yang salah akan menjejaskan hasrat tersebut.

"Pihak berwajib perlu memainkan peranan dalam usaha ini dengan menegur penggunaan ejaan yang salah dan sama-sama kita membangunkan tulisan jawi yang menjadi identiti diri Melayu ini," katanya kepada Sinar Harian.
Artikel Berkaitan: