15 orang asli meninggal beragama Islam

Nik Mohd Azlan (lima dari kiri) dan Murtadha (lima dari kanan) bermesra dengan pengamal media Kelantan di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri Bersama MAIK di Dewan Besar, Kompleks Islam Lundang hari ini.
Nik Mohd Azlan (lima dari kiri) dan Murtadha (lima dari kanan) bermesra dengan pengamal media Kelantan di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri Bersama MAIK di Dewan Besar, Kompleks Islam Lundang hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengesahkan 15 orang asli suku kaum Bateq yang meninggal dunia adalah beragama Islam.

Ketua Pegawai Agama MAIK, Murtadha Abdullah berkata, ia berdasarkan pengesahan daripada keluarga dan masyarakat orang asli di sana.

Menurutnya, MAIK dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengebumian dengan dibantu agensi terlibat antaranya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan polis.

“Pengebumian akan dilakukan secepat mungkin, sejurus prosedur bedah siasat terakhir dilakukan pihak hospital dan kita bersedia bila-bila masa sahaja.

“MAIK merancang untuk mengebumikan kesemua jenazah dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kuala Koh, Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama MAIK di Kompleks Islam Lundang hari ini.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, kos pengebumian akan ditanggung sepenuhnya oleh MAIK.

Menurutnya, proses pengurusan dan pengkebumian jenazah akan diuruskan imam Masjid Bandar Gua Musang dan kakitangan agensi lain.

Sebelum ini, kebanyakkan mayat orang asli yang dipercayai meninggal dunia, dikebumikan mengikut adat mereka, termasuk ada yang diletakkan di atas para pokok.

Artikel Berkaitan: