Pas ingatkan UMNO agar ikhlas dengan kerjasama

Hashim (kanan) mahu Pas dan UMNO ikhlas dalam kerjasama melawan musuh.
Hashim (kanan) mahu Pas dan UMNO ikhlas dalam kerjasama melawan musuh.
A
A
A

KUANTAN - Pas dan UMNO saling menerima perjuangan masing-masing dan tidak mempunyai masalah dengan kerjasama yang dimeterai ketika ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau melihat senario ahli dan penyokong kedua parti di akar umbi ketika ini mula menerima antara satu sama lain.

"Apa saya nak kata, dalam persoalan (kerjasama) ini, di kampung kami juga meyakinkan, ada orang Pas tak boleh sebut UMNO, pujuk punya pujuk, Alhamdulillah dah sejuk dan mulai muktamar di Terengganu tahun lepas, mereka boleh terima UMNO.

"Sekarang, kerjasama ini makin sejuk dan ruang untuk kita bersatu dan bercantum ada di hadapan kita.

"Ini kerana UMNO sudah menyedari siapa musuh utama parti dan UMNO mula menyedari keinsafannya," katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika berucap sempena Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat ke-58 di Wisma Belia Indera Mahkota semalam.

Turut hadir, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan beberapa NGO termasuk Pertubuhan Himpunan Lepasan Intitusi Pendidikan Malaysia (Halaun) dan Ikatan Muslim Malaysia (Isma).

Persidangan tersebut dihadiri kira-kira 680 perwakilan dari 151 Pas kawasan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hashim mengingatkan supaya UMNO ikhlas dengan kerjasama yang dibuat demi melawan musuh.

“Kita harap kedua-dua parti jangan lupa niat asal.. kena ikhlas untuk melawan musuh di hadapan ini.

“Kalau kita tidak ikut panduan Rasulullah sudah tentu kita tidak akan berjaya dan kita kena berpegang kepada wasiah ALLAH,” katanya.