Langgar lari: Motosikal dirempuh kereta secara tiba-tiba

 Asyraf Muhammad
Asyraf Muhammad
A
A
A

SHAH ALAM - Satu klip video berdurasi 1:01 minit tular di media sosial memaparkan kejadian langgar lari antara sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Menerusi klip video terbabit, penunggang dan pembonceng berkenaan sedang menunggang motosikal sebelum dilanggar secara tiba-tiba oleh pemandu kereta terbabit.

Tindakan pemandu kereta itu telah menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal terbabit terbabas ekoran rempuhan tersebut.

Kejadian itu bagaimanapun berjaya dirakam menerusi dashcam seorang pengguna kenderaan yang turut berada di lokasi sewaktu kejadian itu berlaku.

Menerusi pemerhatian Sinar Harian, klip video terbabit dimuat naik sejak semalam oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mariam Rahmat.

Menerusi kemaskini di laman berkenaan, Mariam berkata, kejadian itu berlaku berhampiran susur keluar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min Jasmin Kong Yu Eer, Ayer Hitam Puchong.

"Terkejut spontan jerit kuat. Langgar lari dari kedai deli kek tadi dekat susur keluar sekolah cina Ayer Hitam Puchong. Mangsa lelaki dengan perempuan mengandung," tulisnya.

Video yang dimuat naik itu juga telah mendapat sebanyak 226 perkongsian dan 73 komen daripada netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurut Lan Lah, pihaknya menyarankan agar pihak terlibat membuat laporan polis dan menyerahkan rakaman video tersebut bagi memboleh tindakan selanjutnya diambil oleh pihak berkuasa.

"Bagi video dashcam dekat tempat orang kena langgar dan buat report. Nanti mereka akan hantar video tersebut ke jabatan siasatan," katanya.

Sementara itu, Zuera Aris berkata pemandu kenderaan terbabit dilihat seolah-olah seperti sengaja melanggar penunggang dan pembonceng motosikal terbabit.

"Macam sengaja langgar. Jauh jarak kereta itu dengan motosikal. Semoga dipermudahkan," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.