419 selipar tiruan berjenama dirampas

Pegawai KPDNHEP memeriksa selipar tiruan yang disita dalam pemeriksaan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Menglembu, semalam.
Pegawai KPDNHEP memeriksa selipar tiruan yang disita dalam pemeriksaan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Menglembu, semalam.
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 419 selipar tiruan berjenama bernilai RM2,933 dalam serbuan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Menglembu di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Khalid Tik berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 10 pagi disertai 18 anggota KPDNHEP bersama empat wakil cap dagangan.

“Anggota menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang menjual selipar jenama Birkenstock dan menemui selipar pelbagai saiz disyaki tiruan.

“Pemeriksaan mendapati selipar tersebut dijual kepada pelanggan di sekitar negeri ini secara borong dengan lingkungan harga RM7,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pegawai KPDNHEP memeriksa selipar tiruan yang disita dalam pemeriksaan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Menglembu, semalam.
Pegawai KPDNHEP memeriksa selipar tiruan yang disita dalam pemeriksaan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Menglembu, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kesemua barang sitaan itu disimpan di stor eksibit KPDNHEP negeri untuk siasatan lanjut.

“KPDNHEP memandang serius untuk melindungi hak pemilik cap dagangan melalui pemantauan dan risikan berterusan ke atas premis yang menjual barangan berjenama bagi membanteras penjualan barang tiruan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur ke negeri ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: