Reset App bantu tangani kemurungan

Nicole dan Sivapragasam menunjukkan Reset App selepas melancarkannya di Seremban semalam.
Nicole dan Sivapragasam menunjukkan Reset App selepas melancarkannya di Seremban semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Orang ramai digalakkan menggunakan Reset App bagi menangi masalah kemurungan, sekali gus membantu Negeri Sembilan mencapai satatus negeri gembira pertama di Malaysia.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Lee Tan berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh The LOA Centre (M) Sdn Bhd (The LOA Centre) dengan kerjasama REC Studios Enterprise itu membenarkan orang ramai mengukur tahap kegembiraan mereka pada setiap hari.

"Kita sedar statistik masalah kemurungan dalam kalangan masyarakat naik dengan mendadak.

Kajian menunjukkan, satu daripada tiga orang penduduk mengalami masalah kemurungan.

"Saya nampak Reset App ini boleh membantu mengatasi masalah berkenaan dan menjadikan penggunanya lebih positif. Di samping itu, ia juga dapat membantu jadikan negeri ini sebagai negeri pertama capai status negeri gembira," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan aplikasi berkenaan di sini semalam.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan menguar-uarkan penggunaan aplikasi berkenaan agar diperluaskan di jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan The LOA Center, A Sivapragasam berkata, terdapat 5,000 pengguna yang memuat turun aplikasi berkenaan sejak diperkenalkan setahun lalu.

"Dengan Reset App ini kami telah menjalankan satu konsep lingkaran kebahagiaan di mana sekumpulan 10 pengguna boleh berbincang dan berkongsi apa yang mereka tulis dalam aplikasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Mereka boleh meluahkan perasaan tanpa orang lain membuat komen atau berkongsi perkara tersebut," katanya.

Menurutnya, The LOA Centre adalah sebuah syarikat yang banyak mengendalikan kursus dan latihan minda positif dan Reset App adalah salah satu kaedahnya.