ADUN turun padang cegah maksiat

Mansor (kanan) bersama Skuad Al Ansar dalam operasi berkenaan semalam.
Mansor (kanan) bersama Skuad Al Ansar dalam operasi berkenaan semalam.
A
A
A

KUALA KETIL - ADUN Kuala Ketil bersama Skuad Al Ansar melakukan serbuan di sarang 'geng kunyit' di Kampung Batu 1 semalam.

ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, geng kunyit itu bagaimanapun tiada ketika serbuan dibuat.

"Kita mendapat maklumat ada maksiat dilakukan membabitkan golongan songsang di sebuah dangau yang uzur.

"Walaupun tiada tangkapan dibuat, tetapi lokasi mereka telah dikenal pasti. Dalam dangau itu lengkap dengan tilam, bantal dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ahli keluarga berdekatan dangau itu dinasihatkan supaya mencegah maksiat yang berlaku atau memaklumkan segera kepada Skuad Al Ansar sekiranya mendapati aktiviti itu berulang.

Sarang 'geng kunyit' di Kampung Batu 1.
Sarang 'geng kunyit' di Kampung Batu 1.

"Kita juga minta binaan untuk mereka lakukan maksiat itu dirobohkan segera," katanya.

Mansor berkata, beliau bersama Skuad Al Ansar turut melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pekan Lama setelah menerima maklumat wanita membawa pulang lelaki tanpa ikatan perkahwinan tinggal serumah.

Artikel Berkaitan:

"Dalam serbuan itu, pasangan itu juga tiada. Namun kita sampaikan nasihat kepada keluarga wanita itu supaya tidak benarkan maksiat berlaku.

"Kita dapati keluarga itu daif. Kita turut sampaikan sumbangan makanan kepada keluarga tersebut," katanya.

Beliau berkata, melalui dua operasi tersebut diharapkan masyarakat dapat jadi mata dan telinga dalam mencegah maksiat.

"Ini kerana bala ALLAH bukan hanya kepada pelaku maksiat, tetapi semua akan kena," katanya