JDT terus selesa di puncak liga

Pemain JDT Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menampan cubaan pemain Selangor Endrick Dos Santos Parafita pada Perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini. Kedudukan separuh masa kedua JDT 3-1 Selangor. - FOTO BERNAMA
Pemain JDT Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menampan cubaan pemain Selangor Endrick Dos Santos Parafita pada Perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini. Kedudukan separuh masa kedua JDT 3-1 Selangor. - FOTO BERNAMA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim (JDT) terus selesa berada di persada Liga Super selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Selangor dalam aksi di Stadium Larkin di sini sebentar tadi.

Selangor hampir melakukan kejutan dengan gol awal menerusi Endrick Dos Santos Parafita ketika permainan memasuki minit ke-3, namun percubaan dilakukan tidak tepat ke arah gawang JDT.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului pasukan pelawat apabila Gonzalo Cabrera melakukan rembat padu tepat ke arah gawang Selangor pada minit ke-9.

JDT terus menguasai perlawanan dan berjaya menghasilkan gol kedua menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-11 sekali gus memberi tekanan ke atas pasukan lawan.

Selangor yang dihadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti merapatkan jurang gol menerusi rembatan Khyril Muhymeen yang menewaskan Mohd Farizal Marlias pada minit ke-41.

Harimau Selatan terus mendominasi perlawanan dan menghukum pasukan bimbingan B Sathianathan apabila JDT menjaringkan gol ketiga perlawanan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-61.

Gergasi Merah yang beraksi dengan 10 pemain selepas K Sarkunan dilayangkan kad merah, dihadiahkan sepakan penalti pada minit-89, yang mudah disempurnakan oleh Sandro Da Silva.

Artikel Berkaitan: