Mayat reput dalam rumah

Satu mayat reput ditemui di sebuah rumah di Felda Chiku 2 di sini petang tadi.
Satu mayat reput ditemui di sebuah rumah di Felda Chiku 2 di sini petang tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Satu mayat yang telah reput ditemui di sebuah rumah di Felda Chiku 2 di sini petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu dikesan jirannya yang mengadu bau busuk di sekitar rumah.

Mayat ditemui terbaring di bahagian ruang tamu rumah berstruktur kayu dan kemungkinan sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan penemuan terbabit.

Artikel Berkaitan: