Oksana dedah kisah pertemuan dengan Sultan Muhammad

Oksana menceritakan pertemuan pertama dengan suaminya, Sultan Muhammad V di laman Instagram miliknya.
Oksana menceritakan pertemuan pertama dengan suaminya, Sultan Muhammad V di laman Instagram miliknya.
A
A
A
KISAH pertemuan pertama antara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri, Rihana Oksana Petra sehingga ke hari ini masih kekal misteri serta tidak diketahui umum.

Menerusi perkongsian terbaharu Oksana di laman Instagram miliknya, Oksana terbuka menceritakan pertemuan dengan suaminya yang berlaku ketika musim bunga di Eropah, dua tahun lalu.

“Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan, Jacob Arabo. Selepas majlis selesai, kami pergi makan malam. Di sana, saya berjumpa dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

“Saya menganggap itu sebagai gurauan dan bergurau bahawa saya adalah Permaisuri Rusia. Kami kemudiannya berbual panjang dan bertukar nombor telefon,” tulisnya.

Tambahnya lagi, identiti sebenar Sultan Muhammad atau kawan baharunya itu diketahui selepas dia menonton berita yang melaporkan mengenai pelantikan raja.
Artikel Berkaitan:


Oksana bagaimanapun tidak keberatan untuk bercerita lanjut dalam entrinya akan datang.