Empat perancang utama MH17 dikenal pasti

SHAH ALAM - Laporan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mendedahkan empat suspek dikenal pasti sebagai perancang utama insiden Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada tahun 2014.
Ia dilaporkan dalam satu sidang media di Belanda, hari ini.
Memetik Harian Metro, pasukan penyiasat JIT berkata tiga suspek adalah warga Rusia, manakala seorang warga Ukraine.
“Semuanya bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) dari puak pemisah Donetsk People's Republic ketika kejadian.














