Harga getah naik 30 sen mulai Januari

Amiruddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang murid.
Amiruddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang murid.
A
A
A

BALING- Kerajaan menaikkan harga lantai getah skrap daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, suntikan itu diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penoreh untuk membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Menurutnya, harga getah yang murah menjadi faktor ramai penoreh tidak membuat tuntutan.

"30 peratus penoreh tidak membuat tuntutan. Kita harap dengan kenaikan ini, pekebun atau penoreh rasa lebih berbaloi untuk membut tuntutan IPG," katanya dalam sidang media selepas tamat program Kembali Ke Sekolah hari ini di Dewan Badminton Kupang hari ini.

Beliau berkata, agensi berkaitan diharap memudahkan urusan orang ramai membuat tuntutan.

"Tujuan kita nak bagi, bukan tak mau bagi," katanya.

Pada Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukan RM50 juta bagi pelaksanaan IPG bagi membantu pekebun dan penoreh.

Artikel Berkaitan: