Dua sahabat sesat ketika bermalam dalam hutan

Mangsa menerima rawatan awal sebaik tiba di bawah selepas lebih enam jam terperangkap dalam hutan malam tadi. Foto: Instagram Bomba Selayang1
Mangsa menerima rawatan awal sebaik tiba di bawah selepas lebih enam jam terperangkap dalam hutan malam tadi. Foto: Instagram Bomba Selayang1
A
A
A

GOMBAK - Niat dua sahabat untuk bermalam di air terjun Sungai Pisang di sini terbantut selepas tersesat di hutan lipur itu malam tadi.

Mangsa terdiri seorang lelaki dan perempuan berusia 19 tahun dan 21 tahun itu dilaporkan mula memasuki kawasan riadah itu sejak tengah hari.

Mangsa gagal menemui tapak air terjun malah usaha untuk mencari jalan keluar juga tidak berjaya menyebabkannya panik dan menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Kedua-dua mangsa difahamkan berhajat bermalam di tapak air terjun namum tidak kesampaian selepas tersesat. Foto: Instagram Bomba Selayang
Kedua-dua mangsa difahamkan berhajat bermalam di tapak air terjun namum tidak kesampaian selepas tersesat. Foto: Instagram Bomba Selayang

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Selayang, Mohd Zainuddin Nasir berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan daripada mangsa jam 9.22 malam sebelum sepasukan anggotanya tiba ke lokasi jam 10.02 malam.

"Mangsa dijumpai pada jam 11.30 malam berdasarkan perkongsian lokasi melalui panggilan telefon.

"Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan baik sebelum dibawa turun mengambil masa lebih satu jam. Operasi tamat sepenuhnya jam 1.19 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: