KM Sarawak digesa tarik balik arahan tak benar KMKK hadir program PH

Abang Johari
Abang Johari
A
A
A

KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Sarawak digesa supaya menarik balik arahan yang tidak membenarkan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) untuk hadir ke program bukan anjuran kerajaan negeri itu.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanjong Manis Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi berkata arahan terbaharu kerajaan Sarawak itu harus ditarik balik secepat mungkin sebelum ia melarat sehingga menjejaskan hubungan baik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), walaupun menjadi kerajaan persekutuan, tiada sebarang usaha dari pihak kami untuk menghalang mana-mana rakyat atau pemimpin kami menyertai majlis kelolaan kerajaan Sarawak.

“Kami terbuka demi kesatuan dan kepentingan rakyat Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Satu memorandum, bertarikh 11 Oktober 2018 mengenai larangan tersebut telah dikeluarkan kepada semua Pejabat Residen di 12 bahagian pentadbiran Sarawak oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani. - Bernama

Artikel Berkaitan: