Penampilan selari tema Tok gajah

Tuan Ibrahim membuat gimik perasmian sewaktu Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini di Bukit Gambang. - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
Tuan Ibrahim membuat gimik perasmian sewaktu Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini di Bukit Gambang. - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
A
A
A

KUANTAN - Penampilan lima pemimpin Pas mengenakan busana pahlawan Melayu pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-60 adalah selari dengan tema muktamar tahun ini iaitu Tok Gajah.

Pengarah Panitia Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, busana pahlawan Melayu itu dipilih bagi melambangkan cara pahlawan Melayu, Tok Gajah.

Menurutnya, pahlawan itu adalah seorang ulamak dan juga seorang pejuang, justeru parti Islam itu mahu melihat Pemuda Pas berjuang untuk Islam.

"Ini cara kita untuk mengingati tokoh terdahulu, selain itu, penampilan ini (busana Melayu) boleh dikatakan sebagai meneruskan kesinambungan seperti Muktamar Pas di Kelantan pada 2016," katanya.

Beliau ketika ditemui pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.

Lima pimpinan Pas termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memakai busana pahlawan Melayu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin; Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Afnan Hamimi.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim dalam ucapannya berkata, sebelum naik ke pentas utama, ada individu bertanya tentang keris kerana pakaiannya seperti seorang pahlawan Melayu.

Bagaimanapun, beliau menunjukkan telefon bimbit.

Artikel Berkaitan:

“Bila dapat teguran itu, saya kemudian tunjuk pada dia, keris sekarang adalah telefon bimbit.

"Telefon bimbit kini lebih tajam daripada keris. Keris boleh membunuh jasad, tapi media sosial boleh bunuh jiwa," katanya.