NGO lapor polis, gesa siasat Lynas

Bun Teet (tengah) menunjukkan gambar Sungai Balok yang terletak berdekatan kolam air sisa buangan Lynas pada sidang media hari ini.
Bun Teet (tengah) menunjukkan gambar Sungai Balok yang terletak berdekatan kolam air sisa buangan Lynas pada sidang media hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) membuat laporan di Balai Polis Kuantan menggesa siasatan dibuat terhadap operasi kilang Lynas yang didakwa gagal mematuhi peraturan alam sekitar.

Pengerusinya, Tan Bun Teet berkata, ketidakpatuhan itu turut dinyatakan secara jelas dalam Laporan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advances Materials Plant (LAMP 2018) muka surat 74-82.

Menurutnya, laporan LAMP 2018 menyebut pencemaran air yang atau ketidakpatuhan pada tahap Chemiocal Oxygen Demand (COD) dan arsenik, berkali ganda lebih tinggi daripada parameter yang dibenarkan.

“Jawatankuasa eksekutif itu telah membentangkan data-data yang diperolehinya dari pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak Lynas dalam laporannya bagi persampelan yang dinamakan GW1 hingga GW13 bagi tempoh 11 September 2015 hingga 20 September 2016.

“Ulasan jawatankuasa eksekutif itu menyebut mereka mendapati ketidakpatuhan beberapa logam berat (nikel, plumbum, kromium dan raksa) dalam air tanah adalah membimbangkan terutamanya untuk parameter nikel dan kromium seperti ditunjukkan dalam jadual laporan itu.

“Persampelan yang dilaksanakan dari September 2015 hingga September 2016 kepekatan nikel pada 15 Mac 2016 di stesen pemantauan GW13 adalah pada tahap tertinggi iaitu 96,110 ug/L. iaitu 1,282 kali ganda melebihi nilai intervensi Belanda pada tahap 75 ug/L,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Komuniti DUN Semambu, di sini sebentar tadi.

Bun Teet berkata, sehubungan itu, SMSL bagi pihak penduduk sekitar Pantai Timur khususnya amat bimbang dengan pencemaran air tanah kerana ia akan memudaratkan rantaian makanan semua penduduk di kawasan berdekatan terutama Balok.

Menurutnya, pencemaran air ini boleh didakwa di bawah Water Services Act Undustry dan Akta Kualiti ALAM 1974/2005. Pihak yang terlibat jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM500,000; disebat atau penjara 10 tahun atau ketiga-tiganya sekali.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tujuan laporan polis itu dibuat supaya satu siasatan rapi dapat dilakukan olegh pihak Ibu Pejabat Daerah Polis Kuantan demi memastikan pencemaran di atas tidak menjejaskan kesihatan semua penduduk.