23 warga Myanmar sembunyi dalam belukar ditahan

Semua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis untuk tindakan susulan.
Semua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis untuk tindakan susulan.
A
A
A

KANGAR - Usaha menyeludup 23 warganegara Myanmar ke negara ini melalui Jalan Kubang Mengkuang, Kubang Tiga di Padang Besar gagal apabila berjaya dipatahkan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pasukan tersebut telah membuat pemerhatian di kawasan tersebut selepas mendapat maklumat terdapatnya aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI).

"Selepas menunggu lebih kurang 3 jam, didapati tiada sesiapa yang menghampiri kawasan tersebut dan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) telah menjalankan pemeriksaan di kawasan belukar jalan itu dan telah menjumpai sekumpulan orang.

"Selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan 'menunjukkan kad kuasa polis, semua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 20 orang lelaki dan tiga orang perempuan warganegara Myanmar," katanya.

Noor Mushar berkata, pihaknya bertindak menangkap semua mereka kerana disyaki sebagai PATI dan bertindak membawa balik ke Kompleks Aksem Chuping untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, semua warganegara Myanmar itu dipercayai diseludup masuk dari negara Thailand ke Malaysia dan mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis untuk tindakan susulan.

"Kesemua tangkapan kini ditahan di lokap balai Lokap Aksem Chuping dan siasatan lanjut akan diteruskan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di bawah Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: