MBPJ tawar pelbagai perkhidmatan percuma esok

Pelbagai perkhidmatan percuma disediakan buat orang ramai sempena sambutan Ulang Tahun ke-13 Bandaraya Petaling Jaya.
Pelbagai perkhidmatan percuma disediakan buat orang ramai sempena sambutan Ulang Tahun ke-13 Bandaraya Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma kepada orang ramai sempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya kali ke-13, esok.

Menerusi satu kenyataan, MBPJ memaklumkan pelaksanaan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas penglibatan masyarakat setempat yang menyokong dasar dan idea penambahbaikan pembangunan di bandar raya ini.

Terdapat beberapa perkhidmatan percuma yang disediakan buat masyarakat setempat menerusi pelaksanaan tersebut antaranya kemudahan gelanggang sukan, kolam renang dan padang bola yang boleh di tempat untuk satu sesi selama dua jam.

Selain itu, sebanyak 1,000 anak pokok juga akan diagihkan secara percuma kepada orang ramai di Tapak Semaian Kelana Jaya yang terletak berhampiran dengan Stadium MBPJ.

Lebih menarik, Kempen Pengurangan Kompaun selama sebulan turut ditawarkan kepada orang ramai bermula 1 hingga 30 Jun ini.

MBPJ juga akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di Stadium Petaling Jaya bermula jam 2 hingga 4 petang.

Artikel Berkaitan: