X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Kenali termometer sesuai buat si kecil

A
A

SETIAP keluarga harus mempunyai termometer. Apa tidaknya, ia adalah alat yang sangat berguna ketika anak sedang mengalami demam.

Anak kecil seperti bayi tidak mampu untuk memberitahu mereka sedang sakit. Dengan menggunakan termometer ia dapat membantu mengenalpasti lebih awal demam panas yang terlampau tinggi sehingga boleh menyebabkan demam sawan.

GUNA termometer yang sesuai dengan umur anak.
GUNA termometer yang sesuai dengan umur anak.

Selain itu, alat ini juga membantu doktor memberikan preskripsi ubat yang betul melalui keadaan tepat yang diberitahu oleh ibu bapa.

Oleh itu, Ibu bapa harus mengenali jenis-jenis termometer yang ada di pasaran sebelum memilih yang sesuai:

1. Termometer digital

- Paling banyak digunakan kerana murah dan terdapat pelbagai jenis. Boleh digunakan pada bahagian mulut, ketiak atau punggung.

- Kelebihan suhu dapat diambil bawah masa seminit.

- Sesuai untuk setiap peringkat usia, bayi baru lahir, kanak-kanak mahupun dewasa.

- Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit selepas makan atau minum air panas atau sejuk kerana ia dapat mempengaruhi suhu yang diambil melalui mulut.

2. Termometer digital telinga

- Menggunakan sinaran inframerah untuk menyukat suhu dari dalam saluran pendengaran.

- Jika diletakkan dengan betul, termometer amat selesa dipakai sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak. (kanak-kanak berusia enam bulan ke atas sahaja).

- Harus lebih teliti menggunakan termometer ini, jika ada tahi telinga atau saluran pendengaran yang bengkok ia akan mengganggu ketepatan suhu.

3. Termometer temporal artery

- Dipanggil termometer dahi menggunakan sinaran inframerah untuk menentukan suhu.

- Boleh digunakan untuk semua peringkat usia termasuk bayi baru lahir.

- Mungkin lebih mahal berbanding termometer yang lain.

- Jangan guna termometer ketika dahi basah selepas dimandikan atau ditampal ‘kool fever’ ia akan memberikan bacaan yang tidak tepat.

Cara untuk menentukan suhu demam:

- Suhu badan normal adalah daripada 36.9 hingga 37.4 celcius.

- Suhu badan demam rendah (dedar) adalah daripada 37.5 hingga 37.9 celcius. Berikan anak ubat demam dan minta mereka minum banyak air.

- Suhu badan demam panas 38.0 celcius anda harus membawa anak berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Pegawai Perubatan Klinik APM Pakar Wanita, Kota Tinggi, Johor, Dr Muhammad Uwais Al Qorni (melalui laman web, The Diagnosa)


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!