PETRONAS realisasi hasrat pengejar impian!

Pelumba pasukan PETRONAS yang bersedia menyambut cabaran perlumbaan tahun ini.
Pelumba pasukan PETRONAS yang bersedia menyambut cabaran perlumbaan tahun ini.
A
A
A

PETRONAS telah mengangkat nama Malaysia ke pentas dunia menerusi pasukan MotoGP dengan membariskan lima pelumba berbakat besar.

Dengan mempertaruhkan pelumba Itali, Franco Morbidelli, Fabio Quartararo dari Perancis, John McPhee dari Scotland, Ayumu Sasaki dari Jepun dan Khairul Idham Pawi dari Malaysia.

Kelima-lima pelumba ini mampu menggegarkan gelanggang litar global sekaligus merelisasikan Pengejar Impian.

Dengan PETRONAS, mereka pasti menggapai impian dengan mencipta kemenangan dalam sukan permotoran.

2019 adalah tahun bersejarah buat sukan permotoran di Malaysia apabila buat julung-julung kalinya Malaysia menghantar pasukan bersaing dalam perlumbaan MotoGP.

Khairul Idham Pawi
Khairul Idham Pawi



Pelumba anak tempatan, Khairul Idham Pawi diberi kepercayaan bersaing dalam Moto2 dalam mengejar impiannya.

Pelumba berusia 20 tahun ini pernah menggemparkan dunia dengan persembahan cemerlangnya ketika memenangi kelas Moto3 di Argentina pada 2016.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga pernah mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama memenangi perlumbaan Moto3.

Khairul Idham atau lebih terkenal dengan gelaran SuperKIP tetap berazam menampilkan prestasi terbaik.

Menurutnya, 2019 adalah tahun mencabar buat dirinya untuk melakukan perubahan terhadap pencapaian diri berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun bukan halangan beliau untuk mengejar impian.

Khairul Idham berkata, beliau telah melakukan banyak latihan keras agar boleh bersedia untuk mencapai sasaran pada musim baharu ini.

Sebagai pelumba tunggal warga tempatan dalam pasukannya, Khairul Idham berkata, ia bukan penghalang untuknya memperoleh kejayaan dalam sukan permotoran.

Beliau berharap, tahun 2019 membawa tuah buat dirinya dalam kelas Moto2 melibatkan pasukannya.

Franco Morbidelli
Franco Morbidelli



Bagi pelumba Itali, Morbidelli yang merupakan bekas juara dunia dalam saingan Moto2 pada 2017, berkata, penglibatannya dalam kelas primier MotoGP adalah unik dan mencabar.

Morbidelli yang mewakili pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bakal menggalas tugas yang lebih berat untuk merebut gelaran pelumba pasukan satelit terbaik.

Menurutnya, sebagai sebuah pasukan satelit, beliau percaya pasukannya mampu mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kami perlu memperbaiki jarak perlumbaan dan juga pusingan. Kami yakin dapat mencapai kesepakatan yang sempurna sebagai satu pasukan dalam perlumbaan nanti,” jelasnya.

Dalam MotoGP Qatar yang lalu, Franco Morbidelli berada pada kedudukan ke-11, kedudukan cukup baik untuk sebuah pasukan baru dalam persaingan MotoGP.

Morbidelli tampil lebih baik dalam perlumbaan MotoGP Amerika 2019, di mana beliau berjaya menduduki tempat kelima.

Baru-baru ini, Morbidelli mencatatkan keputusan terbaik apabila menduduki tempat ke-empat sewaktu pusingan kelayakan dalam MotoGP Gran Premio d’Italia Oakley di Mugello.

Berada di belakang kedudukan rakan sepasukannya, Fabio Quartararo, yang merangkul tempat kedua, menjadikan kedua-dua pemain ini bersaing hebat bagi mengharumkan nama PETRONAS Yamaha SRT.

Fabio Quartararo
Fabio Quartararo



Bagi pelumba dari Perancis, Quartararo, keupayaannya tidak boleh disangkal apabila dia berjaya memenangi enam kali gelaran Juara Sepanyol.

Menurutnya, dia bersedia menggalas cabaran PETRONAS Yamaha SRT dalam saingan MotoGP biarpun membuat penampilan pertama bagi kelas utama itu pada musim ini.

“Pasukan ini baru tetapi orang-orangnya mempunyai banyak pengalaman. Saya yakin 100 peratus mereka boleh membantu dan mengajar saya dalam banyak perkara baharu,” katanya.

Menurutnya, pengalaman hebat setiap ahli pasukan diyakini akan membawa kejayaan buat PETRONAS Yamaha SRT.

“Saya mahu menjadi pelumba terbaik dan akan berjuang habis-habisan untuk pasukan saya sepertimana harapan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam MotoGP Qatar, beliau yang mengalami masalah grid terpaksa memulakan perlumbaan di dalam kawasan pit tetapi berjaya kembali bangkit untuk berada di tempat ke 16.

Pemain berusia 20 tahun ini berjaya mendapat kedudukan ke-5 dalam perlumbaan di MotoGP Qatar dan merupakan hasil terbaik pemain remaja dalam sejarah MotoGP.

Quantararo juga mencatat rekod baik dalam MotoGP Amerika 2019 dengan menduduki tempat ke-7.

Quantararo juga membuat kejutan dalam Jerez MotoGP apabila menduduki kedudukan pertama sewaktu pusingan kelayakan.

Quartararo mencatat pusingan terpantas dengan rekod masa 1m36.880s dan diikuti Franco Morbidelli yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan 0.082s.

Awal Jun lalu, Quantararo berjaya mengekalkan rekod terbaik dalam MotoGP Gran Premio d'Italia Oakley di Mugello.

Pemain dari Perancis ini berjaya menduduki tempat kedua selepas Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda Team di dalam pusingan kelayakan, manakala berjaya merangkul tempat kesepuluh sewaktu pusingan perlumbaan.

Lebih membanggakan lagi, Quartararo mencipta sejarah tersendiri baru-baru ini apabila meraih tempat kedua di MotoGP Catalunya 2019, minggu lepas.

Ini merupakan rekod terbaik pernah diraih pemain muda berusia 20 tahun ini selepas beraksi di perlumbaan kelas perdana, lantas melonjakkan nama PETRONAS Yamaha SRT di mata dunia.

Kemenangan kali ini turut melakar sejarah khususnya buat PETRONAS dan sukan permotoran Malaysia kerana berjaya meraih kedudukan podium buat julung kalinya di litar MotoGP.

"Pengalaman yang sangat luar biasa!" ujar Quartararo yang nyata menikmati kejayaan pertamanya mengungguli podium MotoGP.

 John McPhee
John McPhee



McPhee dari Scotland pula berkata, beliau teruja menyertai PETRONAS Sprinta Racing bagi musim baharu ini.

“Saya percaya setiap pasukan berbeza pengalaman dan kekuatannya. Kami konsisten dengan latihan untuk memastikan pasukan ini mencapai sasaran.

“Kami perlu melakukan perubahan untuk mencapai sasaran. Banyak pengalaman dan info dapat dikongsi bersama dalam sukan ini,” katanya.

Baru-baru ini, McPhee mencipta sejarah di Shark Helmets Grand Prix de France dengan menjadi penunggang pertama yang mara dari Q1 dengan kemudiannya mengambil di kedudukan pertama sejak Argentina 2017.

McPhee mencatat bacaan masa 1:42.277 dengan menduduki kedudukan pertama meninggalkan pesaingnya Tony Arbolino dari pasukan VNE Snipers dengan perbezaan masa 0.190.

Ayumu Sasaki
Ayumu Sasaki



Dalam pada itu, Sasaki berkata, pasukannya telah melakukan banyak latihan sebagai persediaan mengharungi saingan Moto3 musim ini.

“Saya fokus untuk memperbaiki diri agar hasrat kami untuk menjadi pasukan terbaik tercapai,” katanya.