Isu jejantas retak, MBI arah pembaikan segera

Keadaan struktur jambatan yang retak akibat dilanggar kenderaan syarikat kontraktor. - Foto pembaca
Keadaan struktur jambatan yang retak akibat dilanggar kenderaan syarikat kontraktor. - Foto pembaca
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mengarahkan syarikat kontraktor terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jejantas yang retak dengan kadar segera.

Menerusi satu kenyataan kepada media hari ini, MBI sedia maklum tentang keretakan jejantas tersebut yang berlaku dua minggu lalu akibat lori sebuah syarikat kontraktor yang membawa jentera melanggar struktur rusuk jejantas itu.

"Siasatan forensik daripada pihak perunding HS Geoconsult dari UTP bersama RNC specialist telah bermula pada 19 Disember lalu.

"Ia akan berterusan dengan kerja uji kaji dan simulasi yang dijangka dalam tempoh 14 hari sebelum laporan pembaikan yang sejajar dengan kerosakan yang terjadi dikeluarkan," menurut kenyataan tersebut.

Katanya, selepas laporan diterima daripada perunding, pihak syarikat kontraktor perlu segera melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada jejantas tersebut.

Sebelum ini, tular beberapa gambar menunjukkan keretakan yang berlaku pada struktur jejantas tersebut yang mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: