Antara mertua dan ibu sendiri, mana lebih utama bagi wanita berkahwin?

Yang penting bagi seorang isteri itu adalah ketaatan kepada suaminya. -GAMBAR HIASAN.
A
A

"SYURGA bagi seorang isteri terletak pada suaminya, manakala seorang untuk seorang anak pula pada ibunya."

Selalu kita dengar ayat itu diungkapkan oleh masyarakat kita.

Bagaimana pula jika ia melibatkan antara menantu perempuan dan mertua?

Adakah wajib bagi wanita itu menjaga dan mengutamakan mertuanya berbanding ibu bapanya sendiri selepas berkahwin?

Sebenarnya, tiada mana-mana sandaran mengatakan ibu mertua lebih aula (utama) daripada ibu kandung sendiri.

Apa yang penting bagi seorang isteri itu adalah ketaatan kepada suami.

Selagi mana suami mengizinkan, maka selagi itulah dia boleh berkhidmat kepada orang tuanya sehingga hujung nyawa.

Syurga bagi isteri ialah suami, namun kewajipan sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya tidak boleh dinafikan.

Islam tidak mengenepikan hak ibu bapa dan tanggungjawab anak dalam hal kebaikan kedua ibu bapanya.

Selagi mana hubungan anak menantu dan mertua itu baik, maka selagi itulah keberkatan dan ganjaran pahala ada di sisi ALLAH SWT.

(Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)