Anak derita penyakit kepala besar

Saiz kepala Aidan semakin membesar dan susu diberikan melalui tiub.
Saiz kepala Aidan semakin membesar dan susu diberikan melalui tiub.
A
A
A
SERENDAH - Kegembiraan pasangan suami isteri dikurniakan cahaya mata pasangan kembar menjadi ujian buat mereka apabila salah seorang kembar itu menghidap penyakit Hydrocephalus atau dikenali penyakit kepala besar.

Selepas lima bulan, saiz kepala adik Aidan Fahim semakin membesar dengan ukuran lilit 64 sentimer berbanding 46 sentimeter sewaktu dilahirkan pada 8 Januari lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Pahang.

Bapa, Mohd Salfarulizaman Kamarul Baharin, 30, berkata, lebihan air di bahagian kepala anak kelima itu dikesan ketika kandungan berusia 18 minggu tanpa melibatkan abang kembar, Adam Fahmi.

Menurutnya, Aidan ditahan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HoSHAS selama 42 hari dengan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

"Pernafasan Aidan lemah dan doktor pujuk kami untuk membenarkan mesin oksigen ini dicabut pada hari 14 hari tapi kami tidak bersetuju.

"Kami tinggal di Benta, Lipis dan memandangkan abang kembar juga perlu diberi perhatian dan mengelak kesihatan isteri terjejas, doktor pujuk sekali lagi.

"Pada hari ke-42, kami sudah bersedia dan reda untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas mesin oksigen dicabut serta difahamkan Aidan mungkin hanya mampu bertahan paling lama dua minggu.

"Alhamdulillah, rasa seperti satu keajaiban apabila Aidan dapat bernafas dengan baik dan dirujuk ke Hospital Kuala Lipis selama tiga hari untuk kami belajar cara penjagaan termasuk beri minum susu melalui tiub," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Mohd Salfarulizaman Kamarul Baharin berkata penyakit yang dihidapi anaknya dikesan sejak berusia 18 minggu.
Mohd Salfarulizaman Kamarul Baharin berkata penyakit yang dihidapi anaknya dikesan sejak berusia 18 minggu.

Mohd Salfarulizaman berkata, dia sebelum ini bekerja sebagai operator kilang di Melaka selama empat tahun manakala isterinya, Nursuhada Jaafar, 30, menetap bersama tiga anak serta kedua ibu bapa di Benta.

Menurutnya, selepas seminggu Aidan dibenarkan pulang ke rumah, mereka mengambil keputusan menumpang sementara di rumah kakak Nursuhada di Serendah.

"Doktor maklukan sebarang kemungkinan boleh boleh berlaku pada bila-bila masa, maka kami ambil keputusan cari tempat tinggal lebih dekat dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Temu janji dengan doktor pakar ditetapkan pada 5 September ini dan saya ambil keputusan berhenti kerja di Melaka dan Alhamdulillah dapat kerja sebagai penyelia vendor Perodua di Sungai Choh.

"Dalam sebulan tinggal di rumah kakak ipar, saya sewa sebuah rumah di Desa Anggerik Serendah dengan bayaran RM600 sebulan," katanya.

Nursuhada berkata, saiz badan Aidan lebih kecil berbanding abang kembarnya namun tidak menunjukkan sebarang gangguan kesihatan selain pertambahan saiz kepala.

Menurutnya, tiada apa dapat dilakukan untuk rawatan susulan sebelum temu janji dengan doktor pakar.

"Ibu mana tak gusar melihat keadaan anak sebegini dan lambat lagi dapat jumpa doktor pakar.

"Buat masa sekarang apa yang mampu kami lakukan hanya pergi buat pemeriksaan setiap bulan di Klinik Kesihatan Serendah.

"Saya pujuk hati dengan fikir positif, mungkin bulan September nanti adalah tempoh paling sesuai untuk Aidan dirujuk ke pakar," katanya.

Pada masa sama Nursuhada berkata, dia bersyukur apabila abang kembar tiada masalah kesihatan.

"Bagaimanapun kami terpaksa meninggalkan anak sulung dan kedua berusia 8 serta 5 tahun di Benta supaya persekolahan mereka tidak terjejas," katanya.

#huluselangor Salah seorang anak kembar hidap penyakit berkepala besar SERENDAH - Pasangan suami isteri gembira dikurniakan cahaya mata pasangan kembar namun mereka diuji ALLAH SWT apabila salah seorang kembar itu menghidap penyakit Hydrocephalus atau dikenali berkepala besar. Selepas lima bulan, saiz kepala adik Aidan Fahim semakin membesar dengan ukuran lilit 64 cm berbanding 46 cm sewaktu dilahirkan pada 8 Januari lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Pahang. Bapa, Mohd Salfarulizaman Kamarul Baharin, 30, berkata, lebihan air di bahagian kepala anak kelima itu dikesan ketika kandungan berusia 18 minggu tanpa melibatkan abang kembar, Adam Fahmi. Menurutnya, Aidan ditahan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HoSHAS selama 42 hari dengan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. "Pernafasan Aidan lemah dan doktor pujuk kami untuk membenarkan mesin oksigen ini dicabut pada hari ke-14 tapi kami tidak bersetuju. "Kami tinggal di Benta, Lipis dan memandangkan abang kembar juga perlu diberi perhatian dan mengelak kesihatan isteri terjejas, doktor pujuk sekali lagi. "Pada hari ke-42, kami sudah bersedia dan reda untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas mesin oksigen dicabut serta difahamkan Aidan mungkin hanya mampu bertahan paling lama dua minggu. "Alhamdulillah, rasa seperti satu keajaiban apabila Aidan dapat bernafas dengan baik dan dirujuk ke Hospital Kuala Lipis selama tiga hari untuk kami belajar cara penjagaan termasuk beri minum susu melalui tiub," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Salfarulizaman berkata, dia sebelum ini bekerja sebagai operator kilang di Melaka selama empat tahun manakala isterinya, Nursuhada Jaafar, 30, menetap bersama tiga anak serta kedua ibu bapa di Benta. Menurutnya, selepas seminggu Aidan dibenarkan pulang ke rumah, mereka mengambil keputusan menumpang sememtara di rumah kakak Nursuhada di Serendah. "Doktor maklumkan sebarang kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa, maka kami ambil keputusan cari tempat tinggal lebih dekat dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Temu janji dengan doktor pakar ditetapkan pada 5 September ini dan saya terpaksa berhenti kerja di Melaka dan Alhamdulillah dapat kerja sebagai penyelia vendor Perodua di Sungai Choh. "Dalam sebulan tinggal di rumah kakak ipar, saya sewa sebuah rumah di Desa Anggerik Serendah dengan bayaran RM600 sebulan," katanya. Nursuhada berkata, saiz badan Aidan lebih kecil berbanding abang kembarnya namun tidak menunjukkan sebarang gangguan kesihatan selain pertambahan saiz kepala. Menurutnya, tiada apa dapat dilakukan untuk rawatan susulan sebelum temu janji dengan doktor pakar. "Ibu mana tak gusar melihat keadaan anak sebegini dan lambat lagi dapat jumpa doktor pakar. "Buat masa sekarang apa yang mampu kami lakukan hanya pergi buat pemeriksaan setiap bulan di Klinik Kesihatan Serendah. "Saya pujuk hati dengan fikir positif, mungkin bulan September nanti adalah tempoh paling sesuai untuk Aidan dirujuk ke pakar," katanya. Pada masa sama Nursuhada berkata, dia bersyukur apabila abang kembar tiada masalah kesihatan. "Bagaimanapun kami terpaksa meninggalkan anak sulung dan kedua berusia lapan serta lima tahun di Benta supaya persekolahan mereka tidak terjejas," katanya. Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor MOHD RIDZUAN ABU HASSAN

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, June 18, 2019