Gempa bumi kuat berhampiran pantai barat Honshu, Jepun

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Ritcher berlaku berhampiran pantai barat Honshu, Jepun pada pukul 9.22 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak di 38.7 darjah Utara dan 139.4 darjah Timur, 89km Barat Laut dari Yamagata, Jepun dengan kedalaman 42km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: