'Jangan sampai kita dihumban seperti Umno'

Sharifah Norsiah Ahmad Khan
Sharifah Norsiah Ahmad Khan
A
A
A
SHAH ALAM - Wanita PKR diingatkan agar tidak mudah lupa diri sesudah parti mereka berjaya mentadbir Putrajaya sekarang.

Perwakilan Perak, Sharifah Norsiah Ahmad Khan berkata, dunia politik sentiasa berputar, jadi beliau mengingatkan ahlinya tidak mudah lupa diri kerana bimbang menerima nasib yang sama seperti Umno.

"Jangan kita lupa diri kita lupa amanah dan amanat yang telah diberikan rakyat kepada kita jangan abaikan mereka.

"Jangan sampai dihumban seperti Umno," katanya dalam perbahasan ucapan dasar Wanita sempena Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR kali ke-13, di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap agar wanita PKR yang pulang sesudah berakhirnya kongres ini, dapat membawa semangat baharu kepada rakyat.

"Kita pulang dengan penuh semangat dan tanggungjawab, bukan masa untuk sombong dan riak atas kejayaan kita pada PRU14.

"Ini masanya kita bekerja untuk rakyat kita bina bersama untuk eratkan silaturrahim sesama kita buktikan kepada rakyat wanita PKR mampu laksnakana tanggungjawab bantu rakyat dalam apa jua keadaan," katanya.

PH yang disertai PKR, DAP, Bersatu dan Amanah pada PRU14 lalu berjaya memenangi PRU berkenaan.

Ini merupakan sejarah yang berjaya dicipta PH apabila berjaya menumbangkan BN setelah 61 tahun memerintah negara.
Artikel Berkaitan: