PPKPI laksana kajian terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

Gambar hiasan. - Foto sumber internet
Gambar hiasan. - Foto sumber internet
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) akan melaksanakan kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tujuan penambahbaikan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, PPKPI menjelaskan ke arah itu pihaknya telah mula melaksanakan pelbagai usaha untuk mendapatkan input mengenai pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam terkini.

Jelas PPKPI, selain daripada mendapatkan input daripada pelbagai agensi dan bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),PPKPI telah danakan mengadakan pelbagai sesi perbincangan dengan pakar pendidikan,wakil badan bukan kerajaan dan sesi libat urus dengan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam.

"Bagi mendapatkan input tambahan, PPKPI telah bersetuju untuk melaksanakan satu tinjauan secara dalam talian melibatkan semua pemegang taruh Sistem Pendidikan Kebangsaan.

"Ia melibatkan tinjauan pandangan segenap golongan rakyat bagi mendapatkan sebarang maklum balas mengenai pengalaman mereka menjalani pembelajaran dan berinteraksi di Sekolah Kebangsaan(SK)," jelas PPKI menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Jelas PPKPI, tarikh akhir untuk memberi pandangan atau cadangan adalah pada15 Julai 2019.

Katanya, mereka yang ingin memberi pandangan atau cadangan boleh berbuat demikian dengan akses pautanhttps://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8.

"Tinjauan ini dicadang untuk dilaksanakan bagi melihat pandangan-pandangan relevan dan sesuai yang boleh diambil kira untuk meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Islam.

Artikel Berkaitan:

"Ia bukanlah satu undian atau petisyen untuk memberikan sebarang tekanan yang tidak wajar," jelas PPKPI lagi.