Air pasang besar: Jangan hampiri pantai, pesan APM Perlis

Kejadian air pasang yang berlaku di Kuala Perlis hari ini namun air yang melimpahi jalan sudah mulai surut. Gambar kecil: Mohd Farid Ishak - Foto - Ihsan pembaca
Kejadian air pasang yang berlaku di Kuala Perlis hari ini namun air yang melimpahi jalan sudah mulai surut. Gambar kecil: Mohd Farid Ishak - Foto - Ihsan pembaca
A
A
A

KANGAR - Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai di Kuala Perlis sehingga Kuala Sanglang sepanjang tempoh fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama 4 hari supaya tidak terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Mejar Mohd Farid Ishak berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada anggota untuk menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai buat sementara waktu dalam tinjauan air pasang dan ribut kencang hari ini.

"Kami mengerahkan anggota untuk melakukan rondaan berkala dan menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan pantai. Kita kurang bernasib baik pada hari ini kerana sewaktu air pasang besar, hujan lebat sebanyak 10 hingga 11 milimeter yang menyebabkan kawasan ini dinaiki air.

"Tambahan pula dengan kelajuan angin yang dicatatkan pada pukul 1 tengah hari tadi selaju 14KM/J. Kita minta penduduk yang tinggal berhampiran berhati-hati kerana air pasang yang berlaku sejak Ahad lalu dijangka berterusan sehingga esok atau pun Khamis ini," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, APM Perlis juga akan sentiasa merekodkan paras air dari semasa ke semasa dan amaran serta-merta akan dikeluarkan untuk langkah berjaga-jaga jika melebihi paras bahaya.

"Kami merekodkan lapan kejadian membabitkan pokok tumbang pada hari ini di beberapa tempat di seluruh Perlis namun tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: