Hapuskan jerawat dengan telur

Jerawat akan hilang dengan menggunakan putih telur secara konsisten.
Jerawat akan hilang dengan menggunakan putih telur secara konsisten.
A
A
A

KEMUNCULAN jerawat pada wajah boleh menjejaskan keyakinan diri. Bukan sahaja wajah anda tampak tidak sempurna, bahkan anda juga akan hilang semangat untuk mengenakan alat solek khususnya buat para wanita.

Pun begitu, anda jangan mudah berputus asa. Apa kata cuba guna telur untuk menghilangkan jerawat berkenaan.

Caranya mudah, ambil sebiji telur dan pecahkan, pastikan semasa memecahkan telur tadi jangan bercampur antara telur kuning dan putih.

Kemudian asingkan kedua-duanya kerana hanya putih telur sahaja yang hendak digunakan, masukkan putih telur ke dalam bekas kecil.

Ambil sedikit cebisan kapas kecil dan sapu telur itu pada kapas lalu diletakkan pada jerawat tersebut.

Sebaik-baiknya lakukan rawatan itu sebelum tidur.

Keesokannya cuba lihat, jerawat telah melekat pada kapas, ulang perkara yang sama dan lakukan seminggu dalam 3 ke 4 kali untuk kesan yang lebih cepat

Selamat mencuba...

Artikel Berkaitan: