Pusat latihan APM bertaraf Olimpik siap 2020

Bangunan ibu pejabat baharu APM di Sg Merab, Sepang dibina dengan kos RM 50 juta.
Bangunan ibu pejabat baharu APM di Sg Merab, Sepang dibina dengan kos RM 50 juta.
A
A
A

KUANTAN - Ibu pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan berpindah ke bangunan baharu dilengkapi segala fasiliti di Sepang, Selangor dan bakal memiliki sebuah pusat latihan bertaraf Olimpik yang kini dalam proses pembinaan di Kluang, Johor.

Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Roslan Wahab berkata, kedua-dua bangunan tersebut adalah antara tiga projek mega APM bernilai RM130 juta termasuk satu salah satunya yang masih dalam proses pembinaan.

"Ibu pejabat APM yang sudah beroperasi sejak tahun 1952 di Padang Tembak, Kuala Lumpur akan berpindah ke bangunan baharu di Sungai Merab, Sepang selewat-lewatnya awal Julai ini dan kos pembinaan bangunan itu berjumlah RM50 juta.

"Manakala, pusat latihan APM Wilayah Selatan di Kluang, Johor bertaraf Olimpik dengan nilai kos sama yang kini sudah siap 60 peratus dijangkakan akan beroperasi pada April 2020," katanya.

Roslan (tengah) bersama warga APM Pahang meraikan sambutan hari raya Aidilfitri di Pejabat APM Jalan Beserah.
Roslan (tengah) bersama warga APM Pahang meraikan sambutan hari raya Aidilfitri di Pejabat APM Jalan Beserah.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan hari raya APM peringkat negeri yang turut dihadiri Pengarah APM Pahang, PPJ (PA) Zainal Yusoff di Pejabat APM, Jalan Beserah di sini hari ini.

Menurutnya, pusat latihan berkenaan adalah yang tercanggih dan termoden jika dibandingkan dengan tiga lagi pusat latihan sedia ada selain mampu menampung 400 peserta dalam satu-satu masa.

"Pusat ini dilengkapi kolam renang sepanjang 50 meter bertaraf dunia dan akan digunakan juga untuk latihan skuba serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain.

Artikel Berkaitan:

"Satu lagi projek ialah pejabat daerah pertahanan awam Langkawi bernilai RM30 Juta yang sudah siap dan mula diduduki pada Februari 2019," katanya.

Roslan berkata, untuk melancarkan lagi tugas seluruh anggota, APM turut menerima peruntukan sebanyak RM50 juta untuk pembelian aset baharu.

"Untuk tahun ini dan 2020 kita sudah terima RM 50 juta untuk perolehan aset. RM20 juta akan dibelanjakan tahun ini untuk pembelian peralatan melawan kebakaran, paramedik, telekomunikasi,akuatik dan banyak lagi," katanya.