Kerja baik pulih paip pecah di Gombak siap sepenuhnya

Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja pembaikan paip pecah di Taman Sri Gombak yang dilaksanakan sejak tengah hari semalam siap sepenuhnya pada jam 10.30 malam tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad berkata, bekalan air ke kawasan terjejas telah dibuka kembali.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan sehingga jam 6 pagi tadi, bekalan di kebanyakan kawasan terjejas kembali pulih.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan ini amatlah dihargai dan mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan 33 kawasan di Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas berlakunya paip pecah di Taman Prima Sri Gombak, semalam.

Penutupan sementara bekalan air dilaksanakan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip yang mengambil masa selama 24 jam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerja baik pulih paip pecah siap 62 peratus]

Artikel Berkaitan: