Pemilihan tayar kenderaan dalam bandar

No Image Caption
A
A
A

TAYAR memainkan peranan penting dalam prestasi kenderaan anda dan pengendalian di jalan raya.

Ia juga membantu keselesaan, jarak hayat brek dan penjimatan bahan api. Keadaan penggunaan yang berbeza sudah tentulah memerlukan ciri-ciri tayar yang berbeza.

Untuk kali ini, Turbo kongsikan tip pemilihan tayar untuk perjalanan dalam bandar. Pemanduan di lokasi ini juga memerlukan tayar anda mempunyai ciri khusus.

Kriteria Pemilihan Tayar:

Cuaca

Sesuai cuaca untuk menangani semua risiko memandu dalam bandar (berdepan pejalan kaki yang melintas tanpa menoleh kiri dan kanan dan sebagainya), anda memerlukan tayar dengan jarak brek minimum, sesuai ketika berdepan di kedua-dua jalan kering dan basah.

Jangka hayat

Jangka hayat tayar kenderaan di bandar perlu melalui banyak situasi 'berhenti dan bergerak'. Setiap blok 'bunga' di tayar mendapat kesan akibat kuasa enjin atau kuasa brek. Faktor kegelongsoran dan tekanan tayar 'membantu' mengikis bahan. Pilih tayar dengan umur yang boleh bertahan dalam jangka panjang.

Jimat minyak

Tayar dengan rintangan bergolek lebih rendah dapat menjimatkan bahan api secara berkesan.

TIP:

Artikel Berkaitan:

Sekali sebulan, periksa tayar anda untuk memastikan ia tidak menunjukkan tanda-tanda yang tidak merata atau bulges disebabkan oleh kesan terhadap sidewalls.

Semak tekanan sekurang-kurangnya sekali sebulan apabila tayar sejuk. Tayar yang tidak terlalu dibebankan meningkatkan jarak brek dan penggunaan bahan api.

Jangan lupa untuk memeriksa tekanan tayar ganti juga.