Perhilitan pantau lokasi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memantau kawasan sekitar kunci air di Sungai Renggam berikutan aduan orang ramai yang mendakwa melihat kelibat buaya di lokasi tersebut.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhassan berkata, aduan berkenaan diterima secara rasmi menerusi talian ‘hotline’ jabatan itu kira-kira jam 2 petang semalam.

Gambar buaya berkenaan tular di media sosial komuniti setempat sejak dua hari lepas.

“Kami sentiasa menyemak aduan orang ramai sama ada melalui media sosial atau aduan rasmi. Kami sudah memantau kawasan tersebut sejak gambar reptilia berkenaan dikatakan diambil di kunci air Sungai Renggam itu tular.

“Bagaimanapun, tiada kelibat haiwan itu ditemukan. Buat masa ini, saya tidak boleh mengesahkan memang ada buaya atau tidak di kawasan tersebut. Kami juga sedang menyiasat kebenaran gambar buaya itu diambil di lokasi seperti yang didakwa.

Artikel Berkaitan: