Ribut landa Temerloh

Rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di Temerloh hari ini.
Rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di Temerloh hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 17 buah rumah terjejas di Kampung Haji Ali di sini selepas rumah mereka dilanda ribut hari ini.

Lima buah daripadanya didapati rosak teruk dalam kejadian ribut yang berlaku di daerah itu kira-kira jam 5 petang.

Pegawai Pertahanan Awam daerah, Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Kampung Haji Ali telah dibuka untuk menempatkan mangsa terlibat.

Rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di Temerloh hari ini.
Rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di Temerloh hari ini.

"Lawatan dibuat ke rumah terjejas untuk pengesahan dan mangsa dinasihati membuat laporan polis.

"Selain itu beberapa agensi terlibat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mendapatkan jumlah keseluruhan rumah yang terjejas di daerah itu," katanya.

Menurutnya, beberapa lokasi lain turut terjejas antaranya Kampung Paya Luas, Taman Temerloh Jaya 6, Kampung Paya Kecil, Kampung Tanjung Lalang dan Kampung Paya Dalam.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption