Tiada lambakan durian di seluruh negara

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (depan lima, kiri) dan Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak (depan empat, kiri) bergambar bersama kakitangan FAMA Negeri Sembilan pada Majlis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Sukan Fama Negeri Sembilan hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SEREMBAN- Tiada lambakan durian dalam negara dilaporkan setakat ini, dan permintaan terhadap raja buah itu kian meningkat, kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak.

Beliau berkata pembekalan durian untuk pasaran tempatan dan adanya permintaan luar negara dapat mengatasi masalah lambakan.

Katanya selain dalam bentuk buah, durian juga boleh diproses menjadi pes untuk kegunaan pelbagai produk makanan, termasuk dibuat tempoyak, dan pihaknya mendapati permintaan bagi produk-produk ini juga amat memberangsangkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke-16 Kelab Sukan FAMA Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini, hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: