Ismee kekal pendirian SRC perlu dapat kelulusan Najib

A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah (BoD) SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail kekal dengan pendiriannya bahawa lembaga pengarah masih perlu mendapatkan kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi sebarang keputusan oleh syarikat.

Ismee, saksi pendakwaan ke-39 berkata, dia berpendapat bahawa maksud “tersirat perkataan “nasihat” dari Najib, selaku penasihat emeritus SRC, seperti dinyatakan dalam Memorandum dan Tataurusan Persatuan SRC juga termasuk kelulusan.

Kepada perkara ini, peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib menjawab bahawa Memorandum dan Tatarusan Persatuan tidak menyatakan bahawa BoD memerlukan kelulusan dari perdana menteri.

Harvinderjit berhujah bahawa tiada apa-apa dalam Memorandum SRC yang menyatakan bahawa BoD perlu mendapatkan kelulusan pelanggannya

"Ia adalah akta syarikat, ia tidak menyatakan arahan atau kelulusan. Itulah sebabnya saya menyatakan berdasarkan bahasa dalam Tataurusan, perkataan (nasihat) membawa maksud tersirat, " kata Ismee ketika pemeriksaan balas oleh Harvinderjit pada perbicaraan Najib di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Harvinderjit: Tidak boleh menyatakan "tersirat" kerana semuanya ada. Tiada yang tersurat, maaf, tiada yang tersirat. Dari manakah ia tersirat?

Ismee: Jika anda membaca Tataurusan....

Pada ketika ini, pendakwa ad-hoc, Datuk V.Sithambaram bangun sambil menyatakan bahawa pihak pembela tidak boleh mempertikaikan jawapan daripada saksi tetapi membiarkan saksi menjawab soalan senelum Harvinderjit berpindah kepada soalan lain.

Sebelum ini, Ismee telah memberi keterangan bahawa BoD SRC masih perlu mendapat kelulusan Najib berhubung operasi syarikat.

Perbicaraan bersambung esok apabila peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembela dijadualkan memeriksa balas Ismee yang sentiasa kelihatan tenang sepanjang lima hari diasak dengan soalan oleh Harvinderjit.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan salahguna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.- Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia