Cantik dengan kulit pisang

Gunakan kulit pisang untuk kecantikan wajah anda.
Gunakan kulit pisang untuk kecantikan wajah anda.
A
A
A

TAHUKAH anda bahawa kulit pisang amat bermanfaat untuk kulit? Selepas membaca artikel ini, jangan buang dahulu kulit pisang ya.

Anda harus tahu bahawa pisang mempunyai banyak khasiat dan zat yang terbaik untuk kesihatan. Pun begitu, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kulit pisang juga mempunyai khasiat luar biasa untuk kulit wajah anda.

Selain mengandungi vitamin, ia juga mempunyai mineral, karbohidrat, protein dan serat.

Menariknya, ia mempunyai ciri-ciri menghasilkan antibiotik yang berperanan mengatasi pelbagai masalah kulit.

Apalagi jom jadikan kulit pisang sebagai masker untuk mencegah jerawat termasuk mencerahkan serta menghaluskan kulit wajah.

Bagaimanakah caranya?

1) Gosok kulit pisang pada wajah sehingga warna kulit menjadi hitam.

2) Ulang proses sama selama 10 minit

3) Biarkan sisa-sisa kulit pisang melekat pada wajah untuk satu malam

4) Keesokannya cuci wajah anda dengan air bersih dan lap.

Proses ini perlu diulang secara kerap untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan.

Artikel Berkaitan:

Selamat mencuba!