Khasiat betik untuk kulit

Sapukan isi betik pada kulit untuk kecantikan semulajadi.
A
A

BETIK sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Isinya yang berwarna oren sangat enak dinikmati ketika waktu sejuk.

Buah yang digelar 'The Fruit of the Angels' ini tumbuh subur di pinggir kediaman dengan hanya menyemai bijinya yang kehitam-hitaman. Ia juga kaya dengan vitamin A, C, E dan K termasuk mempunyai ciri-ciri anti oksida.

Apakah khasiatnya?

1) Mampu mengurangkan jerawat

Caranya sapukan kulit betik yang segar pada muka atau pes betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi. Ia berfungsi membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.

2) Mengurangkan tompok hitam

Betik dicampur dengan susu membentuk pes yang baik untuk mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit anda. Malah, ia juga mampu membuatkan tona kulit anda jadi sekata. Susu melengkapi betik dalam memberi keajaiban dan juga meningkatkan keserian kulit anda.

Apalagi jom jadikan betik sebagai teman kecantikan anda!