Johor selamat untuk dikunjungi

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika sidang media di IPK Johor di sini hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika sidang media di IPK Johor di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor melaksanakan Operasi Khas Pemutihan bagi membersihkan negeri ini daripada masalah penagihan dadah, jenayah ragut, gelandangan dan gejala sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, operasi tersebut dijalankan bagi memastikan negeri ini selamat dikunjungi sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Menurutnya, sepanjang tempoh 1 Januari hingga 15 Jun lalu, kadar jenayah indeks Kontinjen Johor menunjukkan penurunan sebanyak 315 kes bersamaan -6.68 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Sepanjang tempoh Operasi Khas Pemutihan yang bermula pada 7 Februari hingga 15 Jun lalu, jenayah indeks adalah sebanyak 3,330 kes berbanding 3,608 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 278 kes atau -7.71 peratus," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, faktor penyumbang utama kepada penurunan kadar jenayah indeks dalam operasi pemutihan dilaksanakan adalah tangkapan seramai 921 orang.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 514 individu adalah penagih dadah.

"Kita telah berjaya merampas sebanyak 3,578.79 gram dadah pelbagai jenis dengan nilai rampasan RM29,207.56.

"Kejayaan operasi ini, kita percaya ia akan dapat meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dan pelancong asing bahawa Johor adalah sebuah negeri yang selamat didiami dan dikunjungi sempena Tahun Melawat Johor 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: