Enam setinggan musnah dalam kebakaran

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran setinggan di Pandan Jaya.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran setinggan di Pandan Jaya.
A
A
A

PANDAN JAYA - Sebanyak enam rumah setinggan di sini, musnah dalam kebakaran tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.56 petang.

Sepasukan 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan tersebut mendapati enam setinggan berkeluasan 50x50 kaki persegi terbakar 100 peratus.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: