Perluaskan Akta 789 kepada golongan bekerja sendiri

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, menyampaikan bantuan skim kepada pencarum.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor berharap Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dapat diperluaskan kepada lebih ramai individu yang bekerja sendiri di negeri ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan berkata, akta tersebut perlu dipanjangkan kepada golongan petani, nelayan dan pekerja warung.

“Kalau dapat diusahakan ke arah itu, ia memberikan lagi pulangan yang lebih baik untuk rakyat yang lebih ramai.

“Kita sedia maklum bahawa masalah kemalangan ini berlaku setiap masa dan kadang-kadang tanpa dijangka seperti yang kita lihat operasi dilakukan polis trafik selama 14 hari tetapi kemalangan banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bersama Pemimpin Masyarakat 2019 Peringkat Johor yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan ilat memberikan kesan kepada sesebuah keluarga.

“Andai kata mereka ...