Gadis derita kanser darah terpaksa tangguh sekolah

Noraini membelai anak kesayangannya.
Noraini membelai anak kesayangannya.
A
A
A

GUAR CHEMPEDAK - Seorang gadis terpaksa menangguhkan persekolahannya berikutan penyakit kanser darah yang dialaminya sejak setahun lalu.

Nor Fatin Azwa Abdullah, 17, pada mulanya hanya mengalami demam biasa, batuk dan pening.

Ibunya, Noraini Mansor, 47, berkata, sebelum ini anaknya hanya mengambil ubat di klinik biasa dan menganggap itu adalah normal.

Noraini melihat buku rekod berkaitan kesihatan anaknya.
Noraini melihat buku rekod berkaitan kesihatan anaknya.

"Tahap kesihatan Fatin masih lagi sama dan dia selalu rasa kebas di bibir. Jadi saya bawa di ke hospital.

"Di hospital saya minta doktor ambil darah, tapi mereka hanya bagi antibiotik pada peringkat permulaan dan minta kami balik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kilang, hari ini.

Noraini berkata, disebabkan tahap kesihatan Nor Fatin tidak menunjukkan sebarang perubahan, dia merujuk kepada klinik swasta dan mendapatkan surat untuk ke hospital.

Fatin
Fatin

Artikel Berkaitan:

"Bila pihak hospital buat ujian darah, baru dapat tahu sakit anak saya dan masa tu dah agak terlambat sebab dia dah terus tak sedarkan diri.

"Dia koma tiga minggu, sedar dua hari dan koma semula. Ia berlarutan beberapa bulan dan bila dia dah stabil, baru kami minta bawa pulang ke rumah.

"Masa balik tu keadaan anak saya tak macam ni, dia lemah tak bermaya. Tapi sekarang Alhamdulillah nampak perubahan positif yang sangat banyak walaupun dia hanya berkerusi roda dan masih tak boleh bercakap," katanya.

Menurut Noraini, Fatin masih bergantung kepada ubat dan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.

Noraini menunjukkan bekalan ubat milik anaknya.
Noraini menunjukkan bekalan ubat milik anaknya.

"Doktor pun ada cakap anak saya ada 70 peratus harapan untuk sembuh dan dia sekarang pun bersemangat nak pergi sekolah.

"Tapi tak boleh lagi sebab masih berkeadaan lemah dan perlukan pemantauan rapi daripada kami sekeluarga," katanya.

Noraini berkata, suaminya Fuzi Bakar, 57, bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak mampu untuk menampung penuh keperluan anak mereka.

"Alhamdulillah Fatin ada dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 tapi kami perlu tambah lagi kos rawatan dan keperluan seperti susu dan lampin pakai buang," katanya.

Noraini memberikan ubat untuk anaknya mengikut masa yang ditetapkan doktor.
Noraini memberikan ubat untuk anaknya mengikut masa yang ditetapkan doktor.

Fuzi berkata, mereka juga tinggal di rumah sewa dan ada memohon bantuan zakat untuk membaik pulih rumah pusaka milik arwah ibu mertuanya.

"Kalau permohonan tu lulus boleh la anak saya tinggal dalam keadaan lebih selesa sebab dia tak boleh kalau keadaan panas.

"Kesian juga keadaan diri dia yang terpaksa berehat di ruang tamu kerana keadaan bilik yang tidak selesa," katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun bank CIMB 7609875159 atas nama Noraini Mansor.